Berita Am
- qisan
- Siaran Terkini
- Hits: 3
Indeks Harga Pengguna, Mac 2026 Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026
- qisan
- Siaran Terkini
- Hits: 3
Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 136.4 daripada 134.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Inflasi Malaysia pada Mac 2026 didorong terutamanya oleh peningkatan kumpulan Pengangkutan kepada 1.6 peratus daripada negatif 0.7 peratus pada Februari 2026.
Selain itu, inflasi Malaysia turut disumbangkan oleh kenaikan Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan, 7.0 peratus; Insurans & Perkhidmatan Kewangan, 4.9 peratus; Minuman Alkohol & Tembakau, 2.7 peratus; Restoran & Perkhidmatan Penginapan, 2.6 peratus; Kesihatan, 1.4 peratus; Maklumat & Komunikasi, 1.4 peratus; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain, 1.2 peratus dan Rekreasi, Sukan & Kebudayaan, 1.0 peratus. Namun begitu, kumpulan Pendidikan, 2.5 peratus; Makanan & Minuman, 1.1 peratus dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah, 0.1 peratus menyederhana berbanding bulan sebelumnya. Manakala, kumpulan Pakaian & Kasut mencatatkan penurunan marginal kepada negatif 0.1 peratus pada Mac 2026 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Lapan negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional (1.7%) iaitu Pahang (2.5%), Wilayah Persekutuan Labuan (2.4%), Negeri Sembilan (2.2%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.2%), Sabah (2.1%), Johor (2.0%), Kedah (1.9%) dan Pulau Pinang (1.8%). Manakala, baki lapan negeri meningkat di bawah dan sama dengan kadar inflasi nasional dengan Kelantan merekodkan inflasi terendah (0.7%) pada Mac 2026.


