Berita Am
- qisan
- Siaran Terkini
- Hits: 4
Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Mac 2026
- qisan
- Siaran Terkini
- Hits: 4
Gambaran Keseluruhan
Prestasi perdagangan luar negeri Malaysia kekal kukuh pada Mac 2026 apabila jumlah perdagangan barangan meningkat 9.3 peratus atau RM23.1 bilion kepada RM273.0 bilion, berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Eksport meningkat 8.3 peratus atau RM11.4 bilion kepada RM148.8 bilion, manakala import bertumbuh 10.4 peratus atau RM11.7 bilion kepada RM124.2 bilion, tahun ke tahun. Susulan itu, imbangan dagangan negara mencatat lebihan bernilai RM24.6 bilion, menyusut RM215.5 juta berbanding Mac 2025.
Perbandingan bulanan menunjukkan peningkatan bagi eksport, import, jumlah dagangan dan imbangan dagangan, masing-masing meningkat 13.6 peratus, 8.7 peratus, 11.3 peratus dan 47.0 peratus berbanding Februari 2026.


